ROMPIN. 25 November 2021 – Seorang saudara baharu berbangsa Asli yang bertugas sebagai Guru Sekolah Rendah di Kampung Orang Asli (KOA) Denai telah diberi Taufiq dan Hidayah oleh Allah S.W.T dengan memilih Islam sebagai  Agama dan cara hidupnya, dan beliau telah mengucapkan Dua Kalimah Syahadah di Pejabat Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP)  Cawangan Daerah Rompin. Beliau telah diberi penerangan berkenaan dengan Islam Dan dibimbing oleh Pembantu Hal Ehwal Islam MUIP Cawangan Daerah Rompin untuk melafazkan Dua Kalimah Syahadah. Hadir bersama menyaksikan pengislaman beliau wakil dari PERKIM Daerah Rompin. Saudara baharu ini akan diberi bimbingan berterusan oleh Guru Briged Dakwah MUIP Daerah Rompin yang dilantik di KOA berkenaan, serta diletakkan dibawah pengawasan bersama Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Rompin, Penggerak Masyarakat Orang Asli (PMOA) Jakim Daerah Rompin serta Penyelaras Pembangunan Insaniah Masyarakat Orang Asli (PePIMA) Daerah Rompin. Semoga Allah S.W.T memberikan Taufiq dan Hidayah-Nya kepada Saudara Baharu ini untuk terus kekal di dalam Agama Islam serta mendalami dan menghayati ajaran Islam sehingga ke akhir hayat beliau.