ROMPIN. 25 November 2021 – Seorang Pesakit Strok dari Kampung Pianggu, Encik Othman Bin Azimat, 64 telah disantuni oleh kakitangan Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Daerah Rompin. Encik Othman yang kini terlantar bergantung sepenuhnya kepada pendapatan isterinya yang bekerja di sebuah warung di kampung berkenaan di samping sedikit bantuan dari anak-anaknya, untuk menyara kehidupan. MUIP tampil membantu dengan menyerahkan bantuan peralatan perubatan berupa sebuah Katil Hospital yang bernilai RM 2,575.00 kepada Encik Othman bagi memudahkan isteri beliau menguruskan kehidupan harian beliau. Semoga dengan bantuan ini sedikit sebanyak dapat membantu meringankan bebanan yang ditanggung oleh Encik Othman sekeluarga.