ROMPIN. 25 November 2021 – Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Daerah Rompin telah menyantuni seorang asnaf dari Kampung Sungai Puteri, Encik Mohd Shainey Bin Abdul Manaf, 44. Beliau merupakan seorang Orang Kelainan Upaya (OKU) Fizikal dan berpenyakit kronik telah menerima bantuan peralatan perubatan dari MUIP berupa sebuah Katil Hospital, sebuah Kerusi Roda, serta sebuah Walking Frame memandangkan beliau kini dalam keadaan separuh terlantar. Nilai keseluruhan bagi peralatan-perlatan yang diterima oleh beliau adalah sebanyak RM 2,990.00. Beliau yang juga merupakan penerima Bantuan Bulanan dari MUIP menzahirkan kesyukuran dan ucapan terima kasih atas semua bentuk bantuan yang diterima dari MUIP. Semoga bantuan ini sedikit sebanyak dapat memberi manfaat dan kemudahan kepada Encik Mohd Shainey untuk beliau meneruskan kehidupan harian beliau.