MUADZAM SHAH. 27 September 2021 – Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang Cawangan Muadzam Shah segera ke rumah bekas Imam Masjid Kota Perdana setelah diberitakan bahawa beliau memerlukan bantuan barangan memasak dan sebuah katil khas bagi memudahkan pergerakan beliau.

Pihak MUIP bersama Ketua Kampung tersebut memudahkan urusan beliau melengkapkan borang permohonan zakat dengan mengambil maklumat yang diperlukan bagi memastikan beliau dibantu melalui sumber zakat.

Sebelum pulang, pihak MUIP menyampaikan satu set barangan memasak, antaranya beras, minyak masak, kicap, dan sebagainya. Semoga beliau tabah mengharungi ujian di dunia ini.