KUALA LIPIS. 22 September 2021 – Puan Rohayati Kamarzaman,49 yang menetap di Kampung Tualang Padang tinggal bersama 2 orang anaknya yang masih belajar tinggal di rumah usang dan uzur sehingga kadang kala memberi ancaman kepada mereka.
Beliau menceritakan ketika pihak MUIP dan ketua kampung Tualang Padang hadir menziarahinya,rumah beliau pernah dimasuki ular sawa, dan juga ular senduk,tetapi nasib menyebelahinya kerana tiada kecederaan nyawa berlaku.
Beliau hampir-hampir saja dipatuk ular senduk tersebut kerana disangkakan tiada haiwan berbisa di dalam rumahnya.
Melihat kepada keadaan dan struktur rumahnya yang daif,pihak MUIP berasa simpati dan akan cuba membantu Puan Rohayati sekeluarga dengan bantuan selayaknya.