MUADZAM SHAH. 27 September 2021 – MUADZAM SHAH, 27 September 2021- En Ramli yang merupakan bekas Imam Masjid Kota Perdana Muadzam Shah, menerima katil 2 fungsi dan tilam PVC daripada Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang petang tadi.

Beliau yang menghidap penyakit antikoagulasi dan diabetis mendapatkan rawatan berkala di Hospital Pekan dan Hospital Muadzam. Keseluruhan agihan zakat kepada beliau pada hari ini berjumlah RM1900.

Turut hadir ketika bantuan yang disempurnakan oleh Pengurus Cawangan MUIP Muadzam Shah itu adalah Pembantu Hal Ehwal Islam, Ketua Kampung Kota Perdana, dan wakil dari Farmasi Asy-syifa’. Semoga bantuan peralatan yang diberikan ini dapat memberi manfaat kepada asnaf seperti beliau.