KUALA LIPIS. 21 Julai 2021 – Empat buah masjid tersebut adalah Masjid Sultan Mahmud (Masjid Daerah),Masjid Kampung Kuala Medang,Masjid Felda Chegar Perah dan Masjid Merapoh,Lipis.
Sebelum ini,Majlis Ugama Islam Pahang telah memperkenalkan ‘ DAPUR ZAKAT ‘ yang mana bertujuan membantu golongan yang terjejas pendapatan dan bekalan makanan akibat Pandemik 19.
Ia seiring dengan budaya ketika ini yang mana dengan menyediakan bekalan makanan asasi kepada mereka yang terkesan atau tiada sumber pendapatan bagi meneruskan kehidupan.
Kaedah ini digunakan oleh pelbagai jabatan mahupun NGO bagi membantu dan meringankan bebanan yang dihadapi rakyat ketika ini.
Dapur Zakat ini dilancarkan di setiap masjid dan Surau Kebenaran Jumaat di negeri pahang dan bagi mereka yang tidak mampu untuk membeli makanan asasi,bolehlah datang ke masjid qariah masing-masing dan berurusan dengan pegawai masjid yang terlibat untuk mengambil bekalan makanan.