TEMERLOH. 22 Julai 2021 – Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Temerloh telah melaksanakan Program Ibadah Korban khas buat Persatuan Orang orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia ( PERTIS) Cawangan Temerloh di Pusat Penyembelihan lembu, kg. paya keladan.

Seekor lembu telah dikorbankan dalam program yang diadakan pada pagi aidiladha ke 3 sumbangan daripada Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP).

Proses sembelihan dan pembungkusan daging lembu di uruskan oleh kakitangan Muip daerah temerloh. Program bermula seawal jam 9.00pagi dab berakhir pada jam 12.00 tengahari dan daging yang siap dibungkus serahkan kepada jawatankuasa PERTIS untuk di agihkan kepada 122 keluarga ahli PERTIS dalam daerah temerloh.

Program diadakan bagi membantu orang orang buta sekitar daerah Temerloh yang susah dan tidak berkemampuan selain itu mengeratkan hubungan silaturrahim diantar MUIP dan PERTIS. Program ini telah berjaya dilaksanakan dan mencapai matlamat yang ditetapkan dengan kerjasama semua pihak yang terlibat.

#MuipTemerlohCakna #CaknaMerekaYangMemerlukan