KUALA LIPIS. 23 Julai 2021 – Zaradah Othman,72, ditemui di Sungai Jelai, Lipis pada rabu 21 julai dan disahkan meninggal dunia selepas dilaporkan hilang isnin lalu.
Mangsa dijumpai oleh orang awam tersangkut pada pokok di dalam sungai dan segera melaporkan kepada pihak polis.
Suami mangsa, saudara Husin berkata, isterinya mempunyai masalah penglihatan dan tidak mampu melihat dengan baik.
Selepas mengetahui kejadian tersebut, MUIP Lipis hadir menghulurkan sumbangan wang tunai kepada suami mangsa walaupun sumbangan ini tidak mampu menghilangkan kedukaan beliau, tetapi sekurangnya cakna dan peduli terhadap keluarga mangsa.
Kita doakan agar arwah Zaradah diampunkan dosa dan diterima segala amal kebaikannya di sisi Allah.