JENGKA. 22 Julai 2021 – Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Jengka telah menyampaikan bantuan makanan di kawasan PKPD Jengka 8. Bantuan ini berupakan bantuan makanan seramai 515 keluarga mendapat bantuan tersebut. Bantuan tersebut diserahkan kepada Pengurus Felda Jengka 8 untuk diagihkan kepada semua penduduk di kawasan tersebut.

Dalam penyerahan tersebut turut hadir ialah Al-Fadhil Qadhi Daerah Jengka Tuan Nik Ibrahim bin Nik Abdullah, Pengurus MUIP Cawangan Jengka Ustaz Mohd Isa Bin Husain, Pengurus Felda Jengka 8, Pengerusi JKKK Jengka 8, Amil Zakat Fitrah Jengka 8, Sataf PAID Jengka dan Staf MUIP Cawangan Jengka dan Jerantut. Alhamdulillah penyerahan tersebut berjalan dengan lancar dengan bantuan oleh sukarelawan Jengka 8.