BERA. 09 Jun 2021 – Sebanyak 24 hamper fidyah telah disampaikan oleh Pengurus MUIP Cawangan Bera kepada semua asnaf sekitar bandar Triang bagi meringankan beban mereka terutamanya ketika menghadapi perintah kawalan pergerakan (PKP). Sebanyak 19 hamper telah disalurkan kepada asnaf melayu dan 5 hamper kepada asnaf saudara Muslim Cina.