JENGKA. 25 Jun 2021 – Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Jengka pada hari ini bersama Skud Sentuhan Qalbu (SSQ) Jengka, PAID Jengka, Tuan Imam Masjid Sultan Ahmad Shah Jengka dan Tuan Imam Masjid Baru Bandar Tun Abdul Razak Jengka serta wakil daripada pekerja kilang tersebut telah menziarahi pekerja-pekerja kilang di kawasan tersebut.

Ziarah ini bertujuan untuk melihat keadaan pekerja-pekerja kilang yang tinggal disitu, mendapat khabar an bahawa pekerja-pekerja disitu tidak dapat bekerja dan tidak ada gaji disebabkan musim PKP ini. Dalam Ziarah tersebut pihak MUIP Cawangan Jengka telah menyampaikan bantuan berupa hamper makanan kepada mereka. Turut hadir dalam Ziarah ini ialah Pengurus Cawangan MUIP Daerah Jengka Ustaz Mohd Isa Bin Husain serta Al-Fadhil Qadhi Daerah Jengka Tuan Nik Ibrahim bin Nik Abdullah.