TEMERLOH. 23 Jun 2021 – Alhamdulillah, Syukur kepada Allah, terima kasih Muip diatas bantuan mesin oksigen yang diberikan”, kata En Sofian bin Saman yang menghidap penyakit jantung Dan lelah yang menetap di Kg Belengu Temerloh.

Beliau yang tidak bekerja hampir 2 tahun akibat dari penyakit yang dihidapinya. Menyara 3 orang anak yang masih belajar dan juga anak yang tidak bekerja serta cucu. Pada masa ini isterinya yang menanggung sara hidup keluarga, bekerja sebagai tukang cuci di Maybank temerloh.

Pihak Muip telah meluluskan Bantuan 1 Unit Portable Oksigen yang berharga RM 4000.00 bagi kegunaan beliau yang kerap kali mengalami kesukaran bernafas dan juga bantuan bulanan sebanyak Rm 600.00.

Penyerahan telah di buat dirumahnya oleh Pengurus Muip Temerloh dan membuat Demo penggunaan mesin oksigen tersebut kepada en sofian dan anaknya. Semoga dengan bantuan yang diberikan dapat membantu beliau dan keluarga menjalani kehidupan yang lebih baik.

#Caknaasnaf #Asnafzakat #Muiptemerloh