MUADZAM SHAH. 25 Jun 2021 – MUIP Cawangan Muadzam Shah sentiasa menyokong usaha Pendakwah dikalangan PEPIMA bagi menghidupkan Surau Kebenaran Jumaat RPS Buluh Nipis, Muadzam Shah dengan aktiviti keagamaan khususnya solat Jumaat.
Pada hari ini, 25 Jun 2021 Ahli Jawatan Kuasa Surau ini sekali lagi berjaya mengimarahkan surau di kampung mereka dengan mendirikan Solat Jumaat disusuli solat zohor kemudiannya. Bagi menyatakan rasa gembira dengan sikap masyarakat asli mengimarahkan surau, MUIP berbesar hati menanggung kos penyediaan makanan selepas solat zohor itu.
Semoga negara kita dan seluruh dunia dijauhkan dari segala musibah dan diharapkan agar kita terus berusaha meningkatkan tahap keimanan kita serta sentiasa bertaqwa kepada Allah S.W.T.