MUADZAM SHAH. 06 Mei 2021 – Pada tahun 2021 ini, sebanyak RM215, 500 telah diluluskan agihan zakat hari raya kepada seramai 293 orang penerima kategori muallaf dan saudara Muslim di Daerah Muadzam Shah.
Agihan ini diberikan berdasarkan permohonan yang layak di seluruh Negeri Pahang. Selain zakat tahunan kepada muallaf dan saudara Muslim ini, MUIP juga mengagihkan zakat tahunan kepada asnaf fakir dan miskin di semua Daerah dalam negeri Pahang. Bagi tujuan ini, sebanyak RM95, 500 diagihkan di Daerah Muadzam Shah yang melibatkan 208 orang penerima.