TEMERLOH. 21 Jun 2021 – Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang Cawangan Daerah Temerloh telah menghantar bekalan makanan asas kepada penduduk yang terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan ( PKPD ) di Taman Temerloh Jaya pada petang ini.

Penyerahan barang bantuan telah diselaraskan bersama dengan Jawatankuasa Masjid Taman Temerloh Jaya yangmana barangan tersebut telah di serahkan kepada pihak masjid untuk di agihkan kepada keluarga yang telah dikuarantin, terputus keewangan membeli barang keperluan harian dan kepada fakir dan miskin.

Sebanyak 200 set makanan asas akan disalurkan kepada penduduk yang terjejas pada kali ini. Pada petang ini, sebanyak 50 set hamper barangan keperluan di serahkan terlebih dahulu, manakala baki sebanyak 150 set akan di serahkan berberapa hari lagi.

Semoga dengan bantuan tersebut dapat merigankan serta menampung keperluan asas keluarga yang terjejas.

#baitulmalpahang #muiptemerloh #caknaasnaf