TEMERLOH. 22 April 2021 – Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang Cawangan Daerah Temerloh telah menyerahkan bantuan wang tunai kepada 40 orang mangsa yang terjejas ribut di Felda Bukit Damar Lanchang.

Kejadian bencana ribut yang berlaku pada malam hari isnin yang lalu, telah mengakibatkan sejumlah 40 buah rumah di Felda Bukit Damar mengalami kerosakan di bahaian atap rumah dan menyebabkan penghuninya mengalami kerugian.

Pihak Muip telah menerima laporan kejadian, seterusnya mendapatkan maklumat daripada peghulu berkenaan jumlah kerugian yang di alami oleh setiap keluarga mangsa. Hasil dari maklumat yang diperolehi, pihak Muip dengan mengkategorikan kerosakan rumah kepada 3 bahagian iaitu kerosakan kecil, sederhana dan besar.

Pihak Muip telah menyerahkan bantuan keewangan kepada semua mangsa pada petang rabu di pejabat Felda Bukit Damar. Setiap mangsa menerima bantuan wang tunai dari Muip berdasarkan jumlah kerugian yang di alami. Semoga dengan sedikit sumbangan keewangan daripada Majlis Ugama Islam Pahang dapat meringankan beban dan kesedihan buat semua mangsa.

#Caknaasnaf #Asnafzakat #Muiptemerloh