KUANTAN. 21 April 2021 – Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang ( MUIP) cawangan Kuantan telah menziarahi En Sharruddin bin Mat dan pasangannya di kediaman mereka di Permatang Badak.

Isteri En Sharrudin mengalami masalah saraf dan stroke. Hal ini menyebabkan beliau perlu dijaga sepenuh masa oleh En Sharrudin dan beliau perlu memperuntukkan kos khas untuk perubatan dan penjagaan isterinya.

Prihatin dengan keadaan yang dialami oleh En. Sharrudin, Pihak MUIP telah meluluskan bantuan secara bulanan kepada beliau. Semoga bantuan ini dapat mengurangkan bebanan yang ditanggung oleh Puan Halimah.