TEMERLOH. 22 April 2021 – Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang telah menziarahi adik ahmad syarqawi di rumahnya di Kg Bukit Malaysia, Mentakab pada petang rabu. Beliau yang berumur 15 tahun yang telah terlibat dalam kemalangan beberapa bulan yang lalu.

Akibat dari kemalangan tersebut, adik syarqawi telah mengalami kecederaan yang serius di bahagian kepala dan beberapa anggota badan yang lain serta memerlukan penjagaan sepenuhnya dari ayah dan ibunya.

Dalam lawatan tersebut, Pihak Muip telah memberi sumbangan wang tunai berjumlah RM 2000.00 bagi pembelian beberapa jenis ubat yang tinggi kosnya bagi rawatan bagi rawatan dirinya. Bantuan telah di serahkan kepada ayahnya oleh Pengurus Muip Cawangan Daerah.

Semoga dengan bantuan zakat tersebut dapat membantu adik syarqawi dalam menjalani rawatan dan pihak muip mendokan beliau kembali sembuh seperti sediakala.

#Caknaasnaf #Asnafzakat #muiptemerloh