TEMERLOH. 07 April 2021 – Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang Cawangan Daerah Temerloh telah membuat pemantauan bagi kerja kerja baikpulih surau di perkampungan orang asli paya sendayan temerloh hari ini.

Sebelumnya pihak Muip telah meluluskan peruntukan bagi membaikpulih surau ini. Baikpulih surau ini telah berjalan sejak 2 minggu yang lalu oleh pihak kontraktor yang di lantik oleh Muip. Surau ini telah mengalami beberapa kerosakan yang serius di bahagian atap, ruang solat dan juga tandas.

Antara kerja baikpulih yang di jalankan iaitu menukar baru keseluruhan atap surau, mengecat baru keseluruhan bangunan luar dan dalam surau, memasang siling dan wiring baru, memasang tiles di ruang solat, baikpulih tandas serta menukar dan melebarkan pagar di seluruh kawasan surau tersebut.

Kerja baikpulih tersebut di jangka siap sebelum ramadhan tahun ini. Semoga dengan sempurnanya baikpulih surau ini, ianya dapat memberi keselesaan kepada penduduk asli yang telah memeluk Islam dalam melaksanakan amal ibadah di surau tersebut.

#caknaasnaf #muippahang #muiptemerloh #dakwahislam