BERA. 06 April 2021 – Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang Cawangan Daerah Bera telah mengislamkan seorang lelaki berbangsa cina iaitu Tan Boon Sin di Pejabat MUIP Cawangan Bera. Beliau menyatakan hasratnya ingin memeluk agama islam sepenuh hati tanpa keraguan dan paksaan. Moga beliau dilimpahi dengan rahmat dan hidayah daripada Allah SWT dalam melayari kehidupan serta melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang muslim.