TEMERLOH. 07 April 2021 – Agihan bantuan wang tunai kepada mangsa banjir daerah Temerloh siri 3 tahun 2021 telah diagihkan kepada mangsa banjir pada hari ini seawal pagi hari yang di buat serahan oleh Pegawai Muip Cawangan Daerah Temerloh dengan kerjasama penghulu mukim dan jawatankuasa kampung.

Agihan bantuan ini melibatkan 2 Mukim iaitu Mukim Sanggang 2 yang melibatkan 94 keluarga dan dari Mukim Kerdau 37 keluarga. Penerima di Kumpulkan di Dewan terbuka dan balairaya bagi setiap mukim. Setiap keluarga menerima wang tunai Rm 300.00.
Mangsa yang bukan Islam juga turut menerima bantuan banjir dari Muip.

Penerima merupakan mangsa banjir yang berpindah di PPS sewaktu banjir melanda dan pihak Muip telah mendapatkan senarai nama mangsa yang terjejas dari Jabatan Kebajikan Masyarakat ( JKM).

Semoga dengan sumbangan keewangan daripada MUIP dapat meringankan beban dan kesedihan buat mangsa mangsa yang terjejas dengan bencana banjir pada januari yang lalu.

#caknaasnaf #muippahang #muiptemeroh #banjir2021