TEMERLOH. 16 Mac 2021 – En Senapi bin Hashim dari kampung Paya Kechik, Temerloh mengucapkan rasa syukur dan ribuan terima kasih kepada Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang diatas Sumbangan bantuan Zakat Peralatan yang diberikan, katanya sewaktu penyerahan barang bantuan pada petang selasa.

Beliau merupakan seorang yang cacat penglihatan begitu juga dengan isterinya. Mempunyai 3 orang tanggungan yang manse semuanya masih belajar. Beliau telah menerima bantuan zakat bulanan dari berjumlah RM 500.00 sebulan. Beliau mengusahakan tanah di sebelah rumahnya bagi tanaman sayur seperti sawi, bayam dan kangkong bagi menambah pendapatan untuk menyara keluarganya.

Pihak MUIP telah meluluskan bantuan peralatan yang di pohonnya iaitu 1 unit Mesin Penyedut Air yang bernilai RM 3200.00 bagi melancarkan aliran air bagi siraman tanamanya.

Penyerahan tersebut telah disampaikan oleh Pengurus Muip Cawangan Temerloh. Semoga dengan sumbangan peralatan tersebut dapat membantu beliau mencari sumber pendapatan untuk menyara anak anak sekaligus dapat keluar dari golongan asnaf.

#caknaasnaf #muippahang #muiptemrloh