KUANTAN. 16 Mac 2021 – MUIP Cawangan Kuantan telah pergi ke Kg. bukit Sekilau bagi menziarahi keluarga En Sikh Said Bin Sikh Abu Bakar.

Beliau tidak bekerja kerana perlu menjaga seorang anaknya yang merupakan seorang OKU yang tidak mampu menguruskan diri sendiri. Menurut beliau, kos yang tinggi perlu diperuntukkan bagi menyediakan keperluan anaknya itu. Walaupun, telah menerima bantuan Bulanan JKM dan dibantu oleh anak-anak beliau yang lain, ia masih tidak mencukupi untuk menampung kos penjagaan anak OKU tersebut.

Prihatin dengan keadaan En Sikh Said, pihak MUIP telah meluluskan bantuan zakat secara bulanan bagi menampung perbelanjaan beliau dan anaknya.