KUANTAN. 15 Mac 2021 – MUIP Cawangan Kuantan telah menziarahi Puan Norimah binti Harun di kediamannya di Bukit Sekilau.

Suami beliau berpendapatan rendah dan kadangkala keperluan bulanan keluarga tidak mencukupi. Beliau juga mempunyai masalah hutang yuran pengajian anaknya yang belajar di peringkat Universiti.

Prihatin dengan keadaan beliau, Pihak MUIP telah meluluskan bantuan secara bulanan kepada beliau.