JENGKA. 16 Mac 2021 – Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang Cawangan Jengka telah menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir di Felda Ulu Jempul seramai 60 Ketua isi rumah. Penyerahan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir tersebut diadakan di Masjid Mihajirin Felda Ulu Jempul. Turut hadir di Majlis penyerahan tersebut ialah Ketua Kampung Tuan Hj Idres Shah, Pengerusi GPW, Pengerusi Masjid serta Pegawai Masjid. Penyerahan tersebut disampaikan oleh Ustaz Mohd Isa Bin Husain Pengurus Cawangan Daerah Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang Cawangan Jengka.