JENGKA. 16 Mac 2021 – Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang Cawangan Jengka telah menyarahkan bantuan banjir kepada mangsa-mangsa banjir di Jengka 8. Penyerahan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir tersebut telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Isa Bin Husain Pengurus Cawangan Jengka, turut hadir dalam Majlis tersebut wakil dari Pejabat Felda Jengka 8, JKKK Jengka 8, Pegawai Masjid, Amil Zakat dan staff MUIP Jengka. Jumlah penerima bantuan banjir tersebut seramai 128 orang.