BERA. 13 Mac 2021 – Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang Cawangan Daerah Bera telah mengadakan Program Ziarah Dakwah Dan Mahabbah di Perkampungan Orang Asli Lubuk Perah bersama wakil penduduk Hajemi Bin Din dengan kerjasama PePIMA Bera. Program tersebut bermula pada jam 8.30 pagi dengan menziarahi penduduk sekitar. Kali ini agak berbeza dengan program ziarah sebelum ini, kerana turut bersama pemuda tempatan yang baru kembali ke agama fitrah iaitu saudara Hamzah bin Redan. Sebanyak 70 ketua isi rumah diziarahi dan 7 daripadanya beragama islam. Anak-anak kecil disantuni dengan sedikit pemberian makanan ringan. Program tersebut berakhir pada jam 3.30 petang.