CAMERON HIGHLANDS. 16 Mac 2021 – CAMERON HIGHLANDS. 16 Mac 2021 – Surau- surau di perkampungan orang asli diperkemas bagi persediaan menyambut bulan Ramadhan tidak lama lagi. MUIP Cameron Highlands bersama PMOA dan PEPIMA membantu dalam menjayakan usaha membaiki peralatan dan kemudahan yang telah rosak di 11 buah surau sekitar Pos Menson dan Pos Telanok. Antara barang keperluan yang ditambah baik termasuk sejadah, alat pembesar suara, almari Al-Quran, Carta Organisasi, kipas dan pelbagai lagi.MUIP Sentiasa membantu serta memantau surau-surau agar pengimarahan dapat dijalankan dengan sempurna. Semoga dapat dimanfaatkan oleh jemaah kariah di sini.