CAMERON HIGHLANDS. 12 Mac 2021 – Penggerak Masyarakat Orang Asli Cameron Highlands bersama PePIMA baru-baru ini berkesempatan menyantuni keluarga-keluarga orang asli di perkampungan Telip (Chenan Cherah Baharu) Cameron Highlands. Program ziarah dan ramah mesra selama 2 hari 1 malam itu bagi merapatkan lagi ukhuwah silaturrahim serta menyampaikan risalah dakwah islam kepada keluarga di sana. Saudara Asahar Jamil telah kembali kepada agama fitrah setelah dibukakan hati menerima hidayah Allah SWT. Majlis pengislaman ringkas dilaksanakan di kampung berkenaan dipimpin oleh Ustaz Faizul Raman bin Samah, PMOA Cameron Highlands. Dokumentasi pengislaman dilakukan di peringkat MUIP Cameron Highlands.