KUANTAN. 15 Mac 2021 – MUIP Cawangan Kuantan telah datang menziarahi dan menyantuni Puan Zakiah binti Mohd Zaqi di Tanah Putih , Kuantan.

Puan Zakiah yang bekerja sambilan di Tunas Manja menanggung 7 orang anak. Suami beliau En Suffian pula tidak mempunyai pekerjaan.

Prihatin dengan keadaan Puan Zakiah sekeluarga, Pihak MUIP akan menyalurkan bantuan zakat secara bulanan kepada beliau. Semoga bantuan tersebut dalam meringankan bebanan beliau sekeluarga.