KUANTAN. 10 Mac 2021 – MUIP Cawangan Kuantan telah menziarahi dan menyantuni En Husain Bin Ismail sekeluarga di Kampung Baru Permatang Badak, Kuantan.

En Husain hanya bekerja sebagai buruh dan mempunyai pendapatan rendah. Beliau menanggung isteri dan 7 orang anak. Menurutnya, pendapatan yang diperoleh tidak mencukupi untuk menyediakan keperluan keluarganya.

Prihatin dengaan keadaan En Husain, Pihak MUIP akan menyalurkan bantuan secara bulanan kepada beliau. Semoga bantuan tersebut dapat meringankan bebanan yang ditanggung oleh beliau.