KUANTAN. 11 Mac 2021 – MUIP Cawangan Kuantan telah datang menziarahi keluarga En Ahmad Fais Bin Rosli dengan Indera Sempurna, Kuantan. Semasa kehadiran pihak MUIP, En Fais tiada di rumah dan telah disantuni oleh isteri dan anak-anak beliau.

En Fais yang bekerja sebagai pemandu lori sawit menanggung 7 orang anak. Menurut isteri beliau, walaupun sudah menerima bantuan daripada JKM, keperluan keluarga beliau masih belum mencukupi.

Prihatin dengan keadaan En, Fais sekeluarga, Pihak MUIP akan menyalurkan bantuan zakat kepada beliau. Semoga bantuan tersebut dalam meringankan bebanan beliau sekeluarga.