KUANTAN. 23 Februari 2021 – Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Kuantan telah menziarahi dan menyantuni Puan Effarany binti Abdul Rahman sekeluarga di Kampung Palas Cherating.

Puan Effarany yang merupakan seorang balu memilih untuk berhenti bekerja demi memelihara ibunya yang terlantar sakit. Selain daripada itu juga, beliau masih menanggung tiga orang anak yang masih bersekolah. Ketika ini, segala perbelanjaan keluarga dibantu oleh anak yang baharu sahaja tamat sekolah yang membuat kerja-kerja kampung.

Prihatin dan simpati dengan keadaan yang menimpa Puan Effarany sekeluarga, bantuan secara bulanan akan disalurkan bagi melepaskan bebanan yang ditanggung oleh beliau.