PEKAN. 23 Februari 2021 – “SUMBANGAN RM50,000.00 UNTUK YADIM PAHANG BAGI AKTIVITI DAKWAH”

bersamaan 11 Rejab 1442H, Majlis Penyerahan Sumbangan kepada Yayasan dakwah Islamiah Malaysia Cawangan Pahang. Majlis penyerahan telah disempurnakan oleh YBrs Dr Haji Asmadi bin Abdul Rahman Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Baituimal & Operasi) Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang kepada Pengarah YADIM Negeri Pahang, Ustaz Hazmi Dibok di Pejabat MUIP, Kompleks Islam Sultan Haji Ahmad Shah, Pekan. Pihak MUIP telah menyalurkan peruntukan sebanyak RM 50,000.00 bagi tujuan menggerakkan program-program dakwah dalam negeri Pahang.
Dalam pertemuan yang singkat, Dr. Asmadi menyatakan penghargaan terima kasih kepada pihak YADIM di atas usaha membantu menggerakkan program-program dakwah di negeri Pahang termasuk program yang dijalankan bersama MUIP dan beliau juga berharap agar sumbangan yang diberikan dapat dimanfaatkan sebaiknya untuk kegiatan dakwah.
Pengarah YADIM Pahang, Ustaz Hazmi Dibok mengucapkan terima kasih di atas sumbangan tersebut dan menyatakan kesediaan dan komitmen pihak YADIM negeri bagi meneruskan gerak kerja dakwah di negeri ini dengan lebih bersungguh terutama program yang melibatkan kerjasama dengan pihak MUIP sendiri. Turut hadir sama Tuan Haji Sh. Mohd Firdaus bin Sh. Othman, Ketua Unit Pembangunan Modal Insan, Bahagian Pengurusan Pembanguna Islam.