KUANTAN. 22 Februari 2021 – Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) telah meluluskan peruntukan sebanyak RM 19,000.00 kepada pihak pengurusan Surau Kg. Pahang, Kuantan bagi menyelenggara dan baik pulih surau berkenaan.

Lawatan telah dibuat oleh MUIP cawangan Kuantan bagi melihat perlaksanaan proses selenggara tersebut dan ia turut dihadiri oleh Pengerusi JKK Kampung Pahang. Penyelenggaraan tersebut merangkumi penukaran karpet, lampu dan lain-lain.

Sebelum ini pihak Kerajaan telah menjalankanbaik kerja pulih surau ini dengan peruntukan sekitar RM 100,000.000. Semoga dengan bantuan yang diberikan dapat memberi keselesaan kepada jemaah bagi mengimarahkan surau.