CAMERON HIGHLANDS. 14 Februari 2021 – Pegawai MUIP Cameron Highlands berkesempatan menziarahi Encik Bah Pan bin Bah Gop yang merupakan penerima bulanan zakat MUIP . Beliau kini menjaga isterinya secara sepenuh masa bagi memastikan makan minum anak dan isteri terjaga. Selain menjaga isterinya yang lumpuh Bah Pan bin Bah Gop juga mempunyai 2 orang anak yang masih bersekolah. Beliau kini menerima bantuan zakat secara bulanan sebanyak RM 400.00 beserta bantuan musim COVID19 yang telah disampaikan oleh Ustaz Hazwan Hafiz.