KUANTAN. 22 Februari 2021 – Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang ( MUIP) cawangan Kuantan telah menziarahi En Tasmawi Bin Mohd Adnan sekeluarga di kediamannya di Bukit Rangin Kuantan.

Isteri En Tasmawi dan 3 orang anaknya mengalami penyakit kulit Ekzema. Hal ini menyebabkan En Tasmawi terpaksa memperuntukkan setiap bulan membeli ubat-ubat yang berkaitan untuk isteri dan anak-anaknya. Menurut beliau, kadangkala beliau terpaksa menangguh pembelian ubat-ubatan untuk anak-anaknya kerana tiada kemampuan.

Prihatin dengan keadaan yang dialami oleh En Tasmawi sekeluaga, Pihak MUIP telah meluluskan bantuan kewangan secara bulanan kepada beliau. Semoga bantuan ini dapat mengurangkan bebanan yang ditanggung oleh En. Tasmawi.