CAMERON HIGHLANDS. 17 Februari 2021 – MUIP Cameron Highlands dengan kerjasama Pejabat Agama Islam Daerah bersama-sama membantu dalam menguruskan penghantaran peralatan bagi membaik pulih bilik air dan tandas di rumah keluarga islam hari ini. Sebanyak 4 unit kenderaan digerakkan dalam program kali ini dan berharap dapat membantu lebih 10 keluarga penduduk islam di Lemoi bersuci dengan lebih sempurna dan selesa.