ROMPIN. 05 Januari 2021 – Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Daerah Rompin telah menyerahkan Bantuan Bencana berjumlah RM200 kepada mangsa bencana rumah dihempap pokok, Encik Rusli Bin Muda dari Bandar Lama Rompin. Bencana berkenaan telah menyebabkan sedikit kerosakan pada kediaman Encik Rusli, dan kerugian yang terpaksa ditanggung oleh mangsa akibat bencana berkenaan dianggarkan berjumlah sekitar RM 500. Semoga dengan bantuan yang diberikan sedikit sebanyak dapat meringankan beban mangsa.