ROMPIN. 13 Januari 2021 – Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Daerah Rompin telah menyampaikan bantuan peralatan kepada Puan Razidah Binti Laha dari Kampung Sepakat. Puan Razidah telah menerima bantuan peralatan berupa Mesin Jahit Laju Industri serta kelengkapan benang jahitan yang bernilai RM 2000 secara keseluruhan. Semoga bantuan ini dapat dimanfaatkan sebaiknya oleh asnaf berkenaan untuk menjana dan meningkatkan pendapatan beliau, disamping menjadi pemangkin dan penyuntik semangat untuk beliau terus berusaha bagi meningkatkan taraf kehidupan diri dan keluarga.