KUANTAN. 15 Januari 2021 – Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang Cawangan Kuantan, Malaysian Relief Agency Pahang (MRA) dan Kelas Mawaddah telah berganding bahu bersama-sama membersihkan Rumah Anak Yatim dan Fakir Miskin Permata Insyirah yang telah dilanda banjir. Rumah Anak Yatim ini bertempat di Sg. Isap Kuantan dan diuruskan oleh Al-Fadil Ustaz hamdan Yusi.

Banjir yang berlaku telah mengakibatkan rumah anak yatim ini dipenuhi tanah dan kotoran. Terdapat juga barang-barang keperluan rosak dan musnah.

Semoga program ini serba sedikit dapat membantu mengurangkan bebanan pihak pengurusan sementara menunggu anak yatim dan fakir miskin mendaftar masuk semula.