KUANTAN. 14 Januari 2021 – Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Kuantan telah menyantuni Puan Rohaiza binti Abdul Kadir sekeluarga yang tinggal di Lorang Permatang Limau, Kg. Sg. Soi.

Beliau merupakan seorang ibu tunggal yang bekerja sebagai pembantu kedai makan bagi menanggung lima daripada tujuh anaknya yang masih bersekolah.

Bantuan awal berbentuk barangan asas telah dihulurkan dan bantuan bersesuaian akan disalurkan bagi membantu beliau sekeluarga.