KUANTAN. 14 Januari 2021 – Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Kuantan telah menyantuni Encik Mohd Saiful bin Mohd Nor sekeluarga yang tinggal di Kempadang Perdana.

En Mohd Saiful tidak boleh berjalan dan bekerja sejak terlibat dalam kemalangan jalan raya 2 tahun yang lepas. Isteri beliau terpaksa mengambil tanggungan jawab mencari rezeki menanggung keluarga dengan bekerja sebagai pembantu tukang masak. Beliau mempunyai 4 orang anak yang dalam tanggungan.

Bantuan awal berbentuk barangan asas telah dihulurkan dan bantuan bersesuaian akan disalurkan bagi membantu keluarga beliau.