KUANTAN. 13 Januari 2021 – Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang Cawangan Kuantan telah menziarahi sebuah keluarga di Sg. Panching Selatan. Selepas mendapat berita berkenaan keluarga Puan Siti Fatimah bt mohktar, pihak MUIP kuantan segera melawat beliau.

Puan Fatimah mempunyai masalah kesihatan sehingga menyebabkan suami beliau terpaksa menjaga beliau. Anak yang masih dalam tanggungan juga ramai.

Dalam ziarah tersebut, pihak MUIP Kuantan telah menyampaikan bantuan awal kepada Pn. Fatimah dan bantuan seterusnya akan menyusul kepada beliau sekeluarga.