MUADZAM SHAH. 13 Januari 2021 – Encik Mokhtar bin Yit yang tinggal di Desa Bidara, Muadzam Shah menerima bantuan am dari pihak Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) berupa wang tunai RM1000.00.
Beliau juga baru-baru ini telah menerima sebuah katil khas hospital dari MUIP pada 22 disember 2020 untuk digunakan oleh isteri beliau yang menghidapi sakit kanser uterus dan tulang.
Beliau juga menyatakan bahawa telah diluluskan bantuan bulanan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat. Semoga dengan bantuan-bantuan ini dapatlah meringankan bebanan yang ditanggung mereka dan semoga mereka tabah dengan ujian yang diberi.