BERA. 11 Januari 2021 – Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Bera telah menyampaikan bantuan peralatan kepada Pn. Halimah Binti Bakar. Beliau telah menerima bantuan peralatan Oven 2 Tray dan Freezer Butterfly. Jumlah keseluruhan barangan tersebut adalah sebanyak RM 3,000.00 . Penyerahan tersebut telah disampaikan oleh Pegawai Hal Ehwal Islam, Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Daerah Bera.