BERA. 05 Januari 2021 – Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Bera telah menyampaikan bantuan peralatan kepada anak peneroka Felda Purun iaitu En. Wan Suhaimi Bin Wan Hassan. Beliau kini bekerja sebagai buruh ladang dengan pendapatan sebanyak RM 1000.00 sebulan. Beliau mempunyai anak dalam tanggungan seramai 5 orang dan 4 daripadanya sedang belajar. Dengan pendapatan yang tidak seberapa, isteri beliau turut membantu dengan membuat kuih dan biskut serta menjual dengan kaedah mengambil tempahan. Beliau telah menerima bantuan peralatan Midea Showcase Chiller Model MSC316 dengan kos sebanyak RM 2,000.00 . Penyerahan telah disampaikan oleh Pegawai Hal Ehwal Islam, Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Daerah Bera.