BERA. 08 Januari 2021 – Anugerah serta hidayah Allah S.W.T keatas hamba-hambanya begitu unik dan rahsia sekali. Hanya berpunca dari hanya memakai tudung membuatkan hati seorang wanita asli Bukit Rok Bera Pahang tertarik untuk mengenali serta mendalami islam. Saat beliau memakai tudung, beliau berasa begitu aman dan tenteram sekali sehingga beliau tertarik untuk terus kekal berkeadaan sedemikian. Akhirnya pada hari jumaat 08 Januari 2021 bersamaan 24 Jamadil Awwal 1442H, beliau telah membuat keputusan untuk melafazkan 2 kalimah syahadah di pejabat Muip Cawangan Bera. Semoga beliau terus kekal istiqamah di atas landasan islam.