BERA. 09 Januari 2021 – Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Bera telah menyalurkan bantuan makanan kering kepada 74 keluarga di Kampung Kuala Triang, Kampung Paya Panjang dan Kampung Che Man yang terkepung dan terkandas akibat banjir. Urusan penyaluran bantuan tersebut dilakukan dengan menaiki bot dari Kampung bersebelahan yang tidak ditenggelami banjir yang boleh dilalui dengan menaiki kenderaan. Punca kejadian disebabkan hujan lebat berterusan sejak 02 januari 2021(sabtu) di sebelah malam hingga ke pagi ahad sehingga menyebabkan 3 buah kampung di Kuala Triang di naiki air. Oleh yang demikian, diatas keperihatinan pihak MUIP Cawangan Bera, telah menyalurkan bantuan berupa hamper makanan kepada 74 keluarga mangsa tersebut bagi meringankan beban ketika menghadapi bencana banjir.